Monday 1 July 2013

Trip Geng Dinasour ke Miri - Brunei 2013 - Part 3

sambungan dari part two dah puas segala dah shopping kan....sampai berpeluh peluh laa mengayat auntie tu bagi harga yang terbaik so moh kita ke  GRAND OLD LADY.

Grand old lady? sapa pulak kan...haaa ceritanya camnih yer anak-anak...Grand Old Lady di miri adalah telaga minyak pertama di Miri ,lokasinya terletak di atas bukit Canada, yang bersebelahan dengan muzium Petronas.

Secara rasminya mengikut sejarah penemuan minyak yang terawal (tahu ker tu u olls) telah direkodkan pada bulan Julai 1882 oleh Residen British di Baram.Direkodkan minyak yang dijumpa oleh penduduk tempatan digunakan untuk tujuan perubatan dan kemudian digunakan untuk menyalakan lampu.Pengeksplotasian secara komersial hanya bermula pada tahun 1910 setelah syarikat Minyak Anglo saxon yang sekarang dikenali Sarawak Shell ,pada masa itu telah diberi kuasa untuk mencari gali minyak di Miri,dan menandakan permulaan sejarah Minyak di Miri. - (kredit to zetaboards.com)

But for we olls nih yang lebih excitednya macam biasa posing sana sini...semua memang dah terkenal dengan psoing unik yang tersendiri...( tak sangka u olls teknik bergambar semakin meriah) hehhehehe..as u know kami kan the grand lady....buang OLD tu...(perasaan muda ok) :-)

wow...Miri Top Models.....

my grand ladies fren...semuaa sweet u olss..


aktivi posing dengan creativiti masing2 hehhee




bukan senang u olls nak menggali minyak....zaman dahulu kena wat camni...jenohh laa u ollss

boleh tahan tinggi nyer...

inilah dier tempat yang kami cari...

kalau camni gayanya.....tak kuar minyak...takut lain pulak yg keluar..hehehhe

kamilah yang dapat mendrill minyak ini akhirnya ~~ ecehh...

sgt cute laa anak-anak ain nih...


CANDID TIME~!  HAPPY MOMENTS~

apa punya posing daaa


tu sapa yg tekepit tu...



tu apa hal pulak tu...ikin pink jer ready...

hehehehe.....



Brunei kami datang~~~~~~~~~

Salah satu negara yang terhingin sesangat mak nak pergi ialah Negara Brunei Darussalam. Yahoo~ impian terlaksana dengan Geng Dinasour....cayunk sangat u olls. Brunei terletak di tempat strategik, iaitu di pantai barat laut Pulau Borneo. Jarak penerbangan dari Negara Brunei Darussalam ke kebanyakan negara-negara ASEAN akan memakan masa antara dua hingga tiga jam penerbangan. If naik kapal terbang, but our journey unik u olls....kerana kami mempunyai driver international gitue...che ikin pink kita...kerless.....
kami drive through from Miri ke Brunei...haaaaaaaa...sapa sangkaa kannnnn...

Negara Brunei Darussalam walaupun sebuah negara yang kecil namun kekayaan ekonominya merangkumi keusahawanan dari luar dan dalam negara. Sebahagian besarnya disokong oleh eksport minyak mentah dan gas cecair asli hasil daripada sektor petroleum yang dianggarkan berjumlah lebih separuh daripada Gross Domestic Product (GDP) negara.

The best part actually adalah menuju ke rumah Che Pah kita....macam biasa....Che Pah merupakan sahabat lama yang dah lama tak bertemu dengan che elly (kawan lama dan best friend masa study kat Universiti dulu)...we olls pun excited jugak laa interfrem...hehehhehee soo..jomm kita melihat area-area di sekitar tempat Che Pah tu...




akhirnya dengan pemanduan taraf professional...maka kami arrive di area kawasan Che Pah...

suka la deco rumah kat brunei nih...free hold from pagar ok


sweet che elly and Che Pah...akhirnya bertemu juaa...


mcm biasa semua nak interprem jugak dengan che pah..gelemer gitu u ollss

Tq che Pah for everything dah laa masak sedapp nyum nyumm


sempats kan...


Che Pah and Family- so sweet sangat


rasa nak buat swimming pool jer kat belakang nih kan...

haaa penuh meja tau....time nih sebenarnya fokus kat makanan tu haa...nyum nyum betul patut che pah masuk masterchef



mee hun goweng and meatball..slrups

sambal udang yang nyummi ...udang besau besau lak tu....


sayur campur yg sedap...semua sedap laa

ada ayam goweng kunyit lagik....pastu ada teh panas...heaven u olss


psstt ikin....i nak terjah dulu laa sambal udang tu....

santai in front of rumah che pah....sambil angin sepoi sepoi...

nak satu laaa umah gini kat KL....



hehehe sempats interprem gambar van jual aiskrim...comel kan



pemandu profesional kita che ikin pink...macam nak stay Brunei jer tu..
 
Terima kasih tak terhingga buat Che Pah and Family yang sudi terima u olls, siap masak masak dan sediakan tempat tido buat kami.....layan kami macam macam...tak tahulah nak balas camner...tu yang rasa macam nak stay lama jer kat Brunei manalah tahu jodoh kat Brunei pulak...weceh ceh ceh...boleh laa kita berjiran...tak gitue che pah...hehehhee


Adal lagi tau part shoping.............hehehe bila nak abes daa.....sabaq no...

3 comments:

  1. Perghhhh hebatkan perjalanan Brunei Aku Datang ni. Ekin Pink mmg driver terhebat. Hehe tingat org imigresen yg ckp " kau kena isi borang ni bahhhhh" (baca dgn nada org Brunei)

    ReplyDelete
  2. haaa gitue........ che pah takder blog ker...hehehe

    ReplyDelete
  3. assalamualaikum.. saya ada sewa kereta jikalau ada sesiapa yang ingin datang bercuti ke Miri Sarawak.. Kereta proton saga blm auto dan juga viva manual.. boleh hubungi saya di talian 010 979 3138 (muhammad ken abdullah)

    ReplyDelete